Breaking News

Matlamat


Matlamat Penubuhan Kelab

Matlamat utama penubuhan kelab ini ialah untuk membantu ahli melibatkan diri dalam aktiviti permotoran secara sihat dan membantu ahli memiliki motosikal khususnya Motard pelbagai jenis dengan hanya melakukan 2 perkara;

1. Menjadi ahli kelab ini dan
2. Mengenalkan rakan-rakan yang berminat untuk sama-sama menjadi ahli kelab.

Adalah diharapkan dengan kaedah ini, lebih ramai orang mampu memiliki motosikal tanpa perlu membayar kos belian yang semakin tinggi sekarang ini.

Adalah di harapkan dengan adanya aktiviti tersebut, ahli-ahli kelab tidak menambah kepada statistik kemalangan jalanraya yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Aktiviti:

Aktiviti X-Team Rider  terbahagi kepada 3, Aktiviti Bermotosikal, Panduan Penyelenggaraan Motosikal dan Kursus-kursus yang berkaitan.

Aktiviti Luar
Beberapa aktiviti akan dianjurkan dari masa ke semasa bergantung kepada minat dan permintaan daripada ahli-ahli sendiri. Di antara aktiviti tetap ialah konvoi dan klinik kaedah menunggang yang selamat.

Panduan Penyelenggaraan Motosikal
Secara berkala, X-Team Rider Club akan mengadakan sesi tersebut yang akan dikendalikan oleh pakar yang akan memberikan penerangan mengenai fungsi dan cara-cara yang betul untuk menyelenggara enjin dan bahagian-bahagian yang penting pada motosikal ahli.

Kursus
Beberapa kursus, samada dalam dewan atau di lokasi, akan dianjurkan untuk manfaat ahli. Tujuan kursus-kursus ini dijalankan adalah;

1. Mendedahkan teknik menunggang yang betul demi keselamatan ahli dan pembonceng,
2. Penggunaan topi keledar yang sesuai dan diiktiraf,
3. Panduan dan tunjuk ajar dari profesional sebelum menyertai aktiviti berkonvoi.

Keahlian:

Keahlian adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti-aktiviti bermotosikal tanpa ada had umur atau jantina.
Bayaran keahlian adalah RM50.00 sahaja untuk Baju Kelab dan Bulanan sebanyak RM5.00 Sahaja 
RM3.00 untuk Khairat Kematian
RM2.00 untuk Tabung Kelab
Sila Hubungi Bendahari Kelab: (Echa) 

Faedah Ahli:

Faedah utama yang akan dinikmati oleh ahli ialah terkumpulnya rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama di ruangan maya tanpa ada sempadan negeri.

Sudah pasti semua aktiviti bermotosikal yang dirancang memerlukan kewangan samada untuk membeli alat ganti, mengambil bahagian dalam konvoi dan sebagainya.



No comments:

Post a Comment