Breaking News

Monday, December 10, 2012

Program Kemanusiaan : "Charity Ride For Gaza"



X Team Riders JB
(Kelab Scrambler Johor Bahru)
L4-83, Danga City Mall,
80000 Johor Bahru,
Johor.
019-7972656/017-7373805
www.facebook.com/group/XTMRJB

Kepada: JB SCRAMBLERS UNITED

Ketua
Kelab-kelab Motosikal Scrambler Johor

PER: JEMPUTAN KE PROGRAM “CHARITY RIDE 4 GAZA”

Adalah saya selaku wakil dari pihak penganjur program “Charity Ride 4 Gaza” ingin mempelawa seluruh ahli kelab dibawah kelab tuan untuk bersama-sama menjayakan program ini.

2. Keterangan program adalah berdasarkan yang berikut:-

Nama program:  Charity Ride 4 Gaza
Tempat:             Danga Bay, Johor Bahru
Tarikh:               23 Disember 2012
Masa:                8.30 pagi hingga selesai

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, program ini bertujuan untuk mengutip sumbangan dana daripada orang awam di sekitar bandaraya Johor Bahru untuk disalurkan kepada pihak Aqsa Sharif (Wakil Palestin) sebagai sumbangan amal bagi membantu pembangunan semula saudara-saudara kita di Palestin. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan sillaturrahim antara pemilik motosikal scrambler dalam aktiviti-aktiviti yang sihat.

4. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan mendapat liputan media seperti Bernama, Harian Metro, Nanyang Siang Paw dan Sinar Harian danakan ditaja sepenuhnya oleh penaja-penaja yang telah terpilih.

5. Bersama-sama ini saya sertakan poster program, aturcara majlis dan borang penyertaan yang perlu dikembalikan selewat-lewatnya 13 Disember untuk persediaan kami. Baju, stiker dan makanan akan kami sediakan.

6. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberikan komitmen dalam menjayakan program ini. Segala pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian seperti di atas. Kerjasama dari pihak tuan saya akhiri dengan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Faizal bin Musir
Penolong Pengarah Program
Charity Ride 4 Gaza
Poster sila download di link
https://www.dropbox.com/s/h4bgetfi4x6e43u/posteraqsa.png
posteraqsa.png


Borang Pendaftraan Peserta dan Group

Sila tuliskan NAMA & IC <> No Tel <> Saiz Baju<> Group (Jika Ada) 


Dokumen:

Borang Penyertaan:

https://www.dropbox.com/s/maeel6efvu33k7z/BORANG%20PENYERTAAN%20PROGRAM.pdf

Surat Permohonan Penajaan:
https://www.dropbox.com/s/ks0ajl2xp9v2a4j/X%20Team%20Riders%20JB%20Penaja%20Nimota.docx

Kerta Kerja:
https://www.dropbox.com/s/9ebtccjr5aqjxyc/KERTAS%20KERJA.pdf





2 comments:

  1. Jom kita sama-sama support Event ni...

    Boleh tulis Nama <> IC <> No Tel <> Group dibawah siapa yang nak Join.

    ReplyDelete
  2. Kemungkinan besar Aflin Shauki pun turun jugak ni.....Pasti mengejutkan

    ReplyDelete